Di kawasan komersil baru Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, ada restoran Hassan Ayam Kampung yang memang femes dengan ayam kampungnya, sejak dari outlet di Puchong dan Hentian Awan Besar tu. Cawangan kat Seksyen 7 ni besar, luas dan selesa sebab 2 tingkat dan berkonsepkan rumah kampung. Lauk-pauk dia pun diservekan di kedua-dua tingkat, so senanglah, tak payah turun naik kalau nak tengok lauk.
Lauk-pauk kat sini pun memang banyak pilihan lah - dari ayam, daging, ikan, sayur, kerabu - semuanya masakan tradisi kampung. Rasa pun boleh tahan, sedap dan berselera. Memang menjadi tumpuan lunch crowd dari pejabat-pejabat berdekatan.
Kalau berpeluang, singgah la kat sini, pilih tingkat atas so tak sesak sangat, kalau pegi masa weekdays. Cubalah rasa ayam kampung goreng yang memang specialty outlet ni. Juga rasalah lauk-lauk masakan kampung, tak rugi, at least boleh tahan la.
Info: Restoran ini dirasmikan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, ada gambar dia kat dinding restoran. Selamber je Tok Guru datang tak ghoyak kan, kalau tak boleh la pegi jumpa dia, amik gambar..
...............................................
.

He he he
Saje nak tunjuk bukti kukuh
Bahawasanya
Tok Guru Nik Aziz
telah merasmikan kedai ini...
Saje nak tunjuk bukti kukuh
Bahawasanya
Tok Guru Nik Aziz
telah merasmikan kedai ini...
.
No comments:
Post a Comment